Saturday, December 22, 2007
Arini hari yg paling bermakna bagi semua umat islam,dimana jua anda berada.10 zulhijjah diraikan saban tahun oleh umat Muhammad saw.selaras dgn kehendak dan tuntutan agama islam yg kita anuti,semua org2 yg beriman dan bertaqwa akan bertasbih,bertahmid dan bertakbir sebaik shj terbenam matahari 9 hb zulhijjah,tidak terkecuali diri saya yg maha kerdil ini.amalan bertakbir bertasbih dan bertahmid telah dipupuk sedari kecil lagi oleh arwah ayah disayangi dan juga mama tercinta yg mementingkan nilai2 murni seorg muslim sejati dalam didikan mereka kpd kami..anak2 mrk.
seperti hari yg terindah,seindah matahari pagi menyinari alam ini,ayah dan mama tidak putus2/jemu2/henti2 mendidik kami dengan segala ilmu,baik dr segi ilmu duniawi dan ukhrawi.tuntutan kita sebagai insan yg diamanahkan menjaga alam ini – kita wajib menjadikan setiap hari dr hidup kita seceria mungkin,sehebat mungkin,sebaik mungkin dsb.ibadah qurban telah diamalkan oleh ayah dan mama seingat saya sejak dr saya kecil hinggalah kehari ini,tidak pernah ketinggalan menunaikan kewajipan sebagai muslim yg taat kpd perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.adakala sebahagian dr 7 bahagian utk seekor ternakan lembu/kerbau…mahupun seekor ternakan.atas sikap dan amalan mereka ini,saya sendiri dan keluarga telah mula menjadikan amalan bekorban ternakan utk hari paling besar bagi seluruh umat islam satu tuntutan agama yg dapat menyembuhkan hati/jiwa/rohani/nurani dan juga jasmani dari berbagai sifat mazmumah.
Wahai kawan2 ku,bekorban lah apa shj atas jalan allah.harta bertimbun,emas bercupak,duit berkepuk bukan jaminan utk kehidupan yg bahagia.kebahgiaan tidak dapat dirasai oleh org2 yg tamak,haloba dan bakhil (not akhil baligh…hehe).kehidupan yg sempurna ialah kehidupan yg sederhana dan mendapat keredhaan allah,di bumi ini.apakah sumbangan kita sebagai muslimin/muslimat utk menjadikan alam ini sebaik2 tempat utk menghayati kehidupan yg diingini?seri laman,kerukunan rekabentuk istana impian mahupun kehebatan alamat sahaja tidak memadai jika dalam kejiranan kita masih ada yg merintih utk mendapatkan sesuap nasik.oleh itu ayuhlah rakan2 ku marilah kita berganding bahu menjadikan hari raya qurban ini titik tolak kepada permulaan yg lebih bermakna buat kita mendambakan diri kita kpd kerja2 kebajikan dan amalan tanpa mengharapkan balasan.sertailah mana2 ngo pon.dr bulan sabit merah,puteri islam,pasukan kadet di peringkat sekolah mahupon pergerakan belia 4B,abim,mercymalaysia,suaram,greenpeace di peringkat yg lebih tinggi dll.ingatlah bahawa tangan yg menyumbang itu lebih baik dr tangan yg menerima.siapakah hartawan yg terkaya dikalangan bani quraisy?apakah yg dimiliki beliau selepas memeluk agama allah yg diredhai ini?tepuk dada Tanya selera.
Allah maha besar allah maha besar allah maha besar!!!~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment