Lemon grass,atau dalam bahasa melayu = serai.aku amat meminati tanaman serai,yg diusahakan secara skala besar.ciri2 tanaman kontan,atau tanaman jangka pendek mampu memberikan pulangan yg lumayan andai diusahakan dgn bersungguh² dan bersistematik.serai tidak memerlukan penjagaan rapi,sebaliknya hanya memadai dgn menjaga perdu/rumpun serai dari rumput/lalang juga serangga perosak spt siput.pd awal semaian,anak/benih serai memerlukan air…2 kali siraman di awal pagi dan ptg,hingga mencapai umur 1 bulan.penjagaan berkala mengikut panduan penjagaan serai akan menghasilkan serai yg gemuk,padat,berisi penuh dan segar.adalah disyorkan menggunakan baja organic,samada dr tinja kambing,lembu,sapi mahupun ayam secara teratur.serai yg menepati ciri2 tersebut akan mendapat tempat di pasaran,dan harganya juga tinggi berbanding serai yg ditanam secara tradisi…dibiarkan tanpa penjagaan dan hanya mengharapkan vitamin dan mineral dari sumber tanah semata-mata.jangkamasa putaran serai adalah lebih kurang 4 bulan sekali tuaian…oleh itu disyorkan agar pihak yg ingin menceburi bidang ini supaya menanam serai secara berperingkat,ini dapat menjamin hasil berterusan dan tiada lambakan serai di sesuatu kawasan.
Utk pengusaha yg ingin menceburi bidang ini secara kecil-kecilan atau hanya untuk beriadah mengeluarkan keringat dihujung minggu…tanaman serai mampu memberi kepuasan dan dpt membantu mengurangkan belanja dapur.disarankan keluasan tanah 10’-0” x 10’-0” dapat menempatkan 9 rumpun serai.setiap hujung minggu,siramlah rumpun serai anda dengan air basuhan beras,air basuhan ikan mahupun baja organic,buang semua rumput disekeliling rumpun serai anda dan buang potong semua daun-daun serai yang layu dan kering,semua aktiviti ini dapat dibereskan dalam jangkamasa 30 minit dan mampu membuatkan anda berpeluh…hanya 30 minit seminggu,setiap hujung minggu dan hasilnya…i`allah selepas 4 bulan rumpun serai anda akan menjadi perhatian jiran tetangga terdekat dan saudara mara yg mengunjungi mahligai anda…serai yg berlebihan bolehlah disedekahkan kpd tetamu mahupun rakan taulan di pejabat dan jiran terdekat.
Cara menanam serai yg diamalkan saya = tanah digemburkan 3’-0”x3’-0” dgn kedalaman gemburan sedalam 1’-0”,pada waktu ini elok ditabur baja organic dengan kadar 5% untuk setiap bahagian tanah.tanam anak serai dalam bentuk bulatan bergaris rentas 18” secara condong menghala ke luar,dan selang tiap2 anak serai ialah sejauh 3” antara satu sama lain.adalah digalakkan menanam anak serai secara berkembar,yakni 2 batang anak serai utk setiap lubang.selepas itu,siram anak serai itu setiap hari,selama 14 hari,awal pagi dan petang.perhatikan jika ada anak serai yang layu/mati mahupun mengalami reput batang,buangkan anak serai tersebut dan gantikan dengan anak serai yg baru.selepas sebulan,benih serai tadi akan mula mengeluarkan tunas2 baru…i`allah.proses pembajaan dilakukan setiap bulan.bulan terakhir sebelum menuai serai,proses pembajaan dihentikan…ini bagi menjimatkan kos dan juga mengurangkan pembaziran tenaga kerja.lebihan tenaga kerja boleh diarahkan menjaga rumpun serai yang baru mahupun membuat kerja-kerja penyediaan tanah.jika diusahakan secara teratur dan giat,sehektar tanaman serai mampu menghasilkan pendapatan sekitar rm2,000-4,000 sebulan bergantung kpd factor harga pemborong,lokasi mahupun musim permintaan.usaha tangga kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment