Kehidupan yg bermakna,biar dari sudut manapun perspektif yg diambil…menjadi idaman sejagat.antara dimensi-dimensi takrifan tersohor tentang kehidupan yg bermakna – pangkat,kemewahan,darjat/status,kemahsyuran mahupun kekuasaan.kesemua factor tersebut merupakan barometer kepada hampir semua manusia yg mendambakan kehidupan yg bermakna.tanpa pangkat,tanpa darjat tanpa harta kekayaan,hidup ini tidak bererti (life is meaningless) buat segelintir manusia yg beranggapan status quo adalah segala-galanya,hakiki.ako menyebutnya majlis kesyukuran,mereka menggelarnya gala nite,ako membahasakan amal mereka mentakrifnya sebagai festival…haha amat berbeza kehidupan yg ako lalui ini dgn beberapa rakan seangkatan dan seperjuangan…sehaluan namun berlainan destinasi.
Reformis sejati mengabdikan diri,roh dan nurani utk menjadikan kehidupan ini lebih bermakna,atau dalam erti kata yang amat mudah – menjadi lebih baik dr sebelum ini…hijrah.hijrah dr kegelapan kpd sinar,dr lemah kpd hebat,dr mundur kpd sistemetik,dr perhambaan kpd kemerdekaan tulen dsb.tiada yg lebih mulia dr hijrah.bagi seorang reformis tulen,sikap dan keyakinan mesti seiring dengan slogan yg dilaungkan…kehidupan yang adil,saksama,syumul,madani dan mungkin jua hadhari (gonna double check on the latter connotation).setiap kita wajib berkeyakinan bahawa segala kebaikan dan amal baik sesama insan adalah jaminan untuk menjadikan kehidupan ini lebih bermakna buat kita,keluarga,masyarakat,Negara dan alam semesta raya ciptaan Maha Pencipta Segalanya.namun…dalam dunia tanpa sempadan yg semakin panas suhu persekitarannya,konsep perhambaan yg telah lupus ditelan zaman kembali menampakkan riak wajah huduhnya.ako ingin menarik perhatian rakan2 ku semua,bahawa Aristotle (not the shipping tycoon) ahli falsafah greek yg terkenal dan tersohor ada menggambarkan dalam tulisannya tentang ciri2 kehidupan yg bermakna buat bangsa greek yang amat hebat itu : perhambaan!beliau menyimpulkan bahawa terdapat 2 jenis manusia mendiami bumi ini,golongan pertama dilahirkan dgn segala keindahan,kehebatan daya akal,tenaga dan kemahuan…iaitu bangsa yunani yg bertamadun;oleh kerana kesempurnaan ciptaan diri bangsa yunani itu,maka mereka berhak menjadi tuan kpd semua kejadian lain di muka bumi ini…seraya menguasai seluruh kejadian manusia yg lain.golongan selain dari bangsa yunani hanyalah dicipta dengan kelengkapan jasmani,kekuatan fizikal semata tanpa kehebatan akal!!!mereka dari puak ini digelar orang2 liar yang sinonim dengan gelaran barbar…mereka hanya ujud dibumi ini untuk menjadi hamba abdi kpd bangsa greek yg bertamadun,hebat,merdeka dan bebas.
Dunia modern kini,sistem perhambaan berkembang biak dan berpusat di negara2 islam timur tengah,atau lebih tepat lagi…negara2 yg melingkari/berhampiran Persian Gulf.negara2 tersebut pd zaman lampau merupakan pusat perdagangan,gedung ilmu,memiliki tamadun melangkaui peradaban zaman.namun,semua itu tidak bermakna pd waktu ini kerana apa yg ada dan tinggal kini hanyalah secebis dr kegemilangan silam.bangsa greek modern = Negara amerika yg bobrok itu dengan rakus dan tanpa segan menghamba abdikan negara2 timur tengah atas dasar hanya semata2 mahu menjamin kewujudan sebuah Negara kecil yg berbendera tanpa panji,yg merdeka tanpa daulat bernama tanpa wajah,berpengaruh tanpa maruah – Israel.dari golda meir (she needed a chap named ben gorian) ibu Israel (menjahanamkan mesir), hinggalah peristiwa yg merentap jiwa nurani ako sebagai manusia- shabra dan shatilla,dunia hanya mampu melihat sambil menongkat dagu serta berpeluk tubuh menghalalkan kebinasaan di luar akal fikiran manusia diperlakukan Israel yg dinaungi regime zionis antarbangsa terhadap manusia-manusia lemah di timur tengah.mengapa/kenapa(kah) afghan di “ratakan” oleh bom berangkai amerika?adakah kerana minyak?kerana al-qaeda ciptaan Negara bintang dan jalur itu?jauh sekali atas kehadiran bin-laden (ussamah),atau kerana industri agro menanam bunga poppy?jawapan yg tepat = kerana konsep perhambaan...need to refresh myself...taraaa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment